Keadaan Faisal yang sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan selepas disimbah dengan asid oleh individu kejam. (Foto Fina Nasrom) |
KUALA LUMPUR – Hari ini, dunia bola sepak Malaysia dikejutkan apabila pemain sayap dari pasukan Selangor FC, Faisal Halim, menjadi mangsa serangan kejam di sebuah pusat beli-belah terkemuka.
Insiden ini tular di media sosial apabila Faisal disimbah dengan asid sehingga menyebabakan kecederaan di badannya.
Berita tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Baru dapat perkhabaran Faisal Halim kena simbah asid di sebuah mall terkemuka tanahair.
— FinaNasrom (@fnasrom) May 5, 2024
Allahuakbar @ASTROARENA pic.twitter.com/Zi0b2EPBFc
"Perkhabaran terbaru mengenai Faisal Halim kena serang asid di pusat beli-belah adalah amat mengejutkan. Ini menambah kepada rentetan kejadian yang merisaukan dalam dunia bola sepak Malaysia," kata Fina Nasrom dalam kenyataan yang disiarkan di laman X.
Keadaan Faisal yang terduduk dengan kesan kecederaan yang jelas menarik perhatian ramai. Bahagian kepala dan belakang lehernya kelihatan merah akibat kesan asid yang dilaporkan telah disimbah ke arahnya. Pihak berkuasa tempatan serta pihak pengurusan Selangor FC telah dipanggil untuk memberi komen mengenai insiden ini.
Baru-baru ini, MYBERITA melaporkan tentang pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid yang disamun dan diserang dengan menggunakan cota besi.
Kini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek atas serangan ini.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, orang ramai menuntut tindakan tegas daripada pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan para pemain bola sepak negara terjamin di masa hadapan.
Berita selanjutnya menyusul.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews