Kossan Paint Meru musnah terbakar awal pagi tadi (Foto Mohd Farhan) |
MERU - Sebuah kilang pengeluar cat di kawasan perindustrian Meru, Klang dilaporkan terbakar dalam kejadian di sini, awal pagi tadi.
Maklumat lanjut tentang punca kebakaran dan kerosakan yang dialami bagaimanapun masih belum dapat dipastikan pada masa ini.
Setakat ini, usaha mengawal dan memadamkan kebakaran
masih giat dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.
Menurut saksi orang ramai di lokasi kejadian, kepulan asap hitam dan api marak dikesan sekitar jam enam pagi selepas menghidu udara kurang bersih dan tercemar.
Katanya, api marak dengan pantas walaupun balai Bomba
berdekatan hanya berjarak sekitar 5 kilometer (KM) daripada lokasi terjejas.
Penduduk tempatan yang terkesan turut berharap agar kebakaran dapat dipadamkan dengan segera bagi mengelakkan
sebarang kemungkinan bahaya.
Berita lanjut menyusul.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews