Tangkap layar video yang dimuat naik oleh kakak pelajar berkenaan. (Foto X @Bellinda) |
KUALA LUMPUR – Tular di media sosial sebuah kisah melibatkan seorang guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) menjadi perhatian masyarakat apabila guru berkenaan dikatakan bercinta dan terlibat dalam hubungan tidak wajar dengan seorang pelajar yang juga merupakan adik kepada seorang pengguna aplikasi X ini.
Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan dan kegusaran ramai, terutamanya apabila tindakan undang-undang tidak dapat diambil kerana pelajar tersebut berusia 16 tahun dan kes telah dikategorikan sebagai suka sama suka oleh pihak berkuasa.
“Cikgu Sundal”
— ßellinda (@ntshbll) March 22, 2024
Aku terpaksa guna kuasa viral ni sebab dah tak tahan dah dengan sikap dari seorang pendidik . Cikgu SMK tapi jalin hubungan dgn adik aku sendiri. Kami sudah buat report polis, TAPI,katanya tiada akta boleh disabitkan sebab adik 16tahun dan kes adalah suka sama suka pic.twitter.com/xs0lcR7hKL
Menurut perkongsian kakak kepada pelajar berkenaan yang dikenali sebagai @Bellinda, kes ini berlaku pada tahun lepas dan mereka telah memberi amaran sebelum ini namun tindakan tersebut tidak mendapat maklum balas yang diharapkan.
Malah, walaupun guru tersebut telah dipindahkan dari sekolah asal, guru itu masih kekal berhubung dengan adik mangsa sehingga menimbulkan kebimbangan bahawa tindakan itu masih berterusan walaupun tindakan undang-undang telah diambil.
Tangkap layar laporan polis yang dibuat oleh keluarga pelajar berkenaan. (Foto X @Bellinda) |
Lebih menyedihkan lagi apabila kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), namun guru tersebut difahamkan tidak menerima sebarang hukuman yang wajar dikenakan.
Disebab adik aku form 5, proses pindah sekolah tu agak susah sebbab nak cari sekolah yang asrama n sains tulen (melainkan swasta). Saya nak viralkan supaya mak bapak aware yang tk semua cikgu semulia yang dilihat. Nilaikan dari gambar kat bawah ni. @FadhlinaSiddiq pic.twitter.com/U5MsyZmqNb
— ßellinda (@ntshbll) March 22, 2024
Keadaan ini mengecewakan pihak keluarga mangsa yang merasakan bahawa tindakan tersebut adalah suatu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh seorang pendidik yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada pelajar, katanya ketika dihubungi myBERITA.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, terdapat sumber yang mendakwa, guru berkenaan telah berkahwin dan memiliki anak.
Tangkap layar komen seorang pengguna yang mendakwa guru berkenaan telah berkeluarga dan mempunyai anak. (Foto X @Bellinda) |
Sehingga kini, guru berkenaan masih enggan menghentikan hubungan bersama pelajar tersebut dan situasi ini menjadi semakin buruk apabila adik mangsa kini tidak lagi mempunyai telefon bimbit, namun cikgu tersebut masih mengambil kesempatan untuk menghubungi dan menjemput adiknya.
Kesukaran untuk memindahkan adik mangsa ke sekolah lain juga menjadi satu cabaran besar, kerana keperluan untuk mencari sekolah yang menawarkan program asrama dan sains tulen pada waktu ini adalah sukar.
Dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkara ini, pihak keluarga mangsa berhasrat untuk menjadikan iktibar terhadap kejadian ini melalui media sosial dan mereka berharap agar ibu bapa yang lain dapat mengambil sepenuh perhatian terhadap anak masing-masing.
Tambahnya, tindakan ini bakal mencacatkan integriti kerjaya sebagai seorang pendidik dan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan negara.
Pihaknya juga berharap semua pihak dapat memainkan peranan dalam menyiasat secara adil terhadap isu ini yang dilihat bukan sahaja satu isu pendidikan, tetapi juga isu moral dan etika yang memerlukan tindakan segera.
Semoga pihak berkuasa dapat mengambil langkah yang sewajarnya demi keadilan dan keamanan pelajar seluruh sekolah di Malaysia.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#myBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #malaysiamadani #lamansocialtainment #terkini #blogger #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews