Hamzah Rashid (kiri) dan Aisar Khaled (kanan) (Foto Tangkap Layar Instagram Aisar) |
SHAH ALAM - Kes saman fitnah melibatkan pempengaruh media
sosial, Aisar Khaled bersama Hamzah Rahsid berhubung dakwaan menipu golongan B40 dengan
pemberian hadiah palsu selesai dengan aman di luar Mahkamah Tinggi, pada Ahad.
Keputusan itu dibuat selepas Aisar selaku plaintif menarik
balik saman terhadap defendan, Hamzah dalam pertemuan yang diaturkan secara
peribadi antara dua belah pihak.
Terdahulu melalui perkongsian di Instagram (IG) malam tadi, Aisar
bertindak memuat naik satu video penjelasan yang turut menampilkan pihak terdakwa
berserta kapsyen yang mengesahkan titik noktah kes saman yang difailkan
baru-baru ini.
"Penjelasan Hamzah Rashid yang mengatakan saya seorang
Scammer. Kes Selesai,"tulis Aisar pada kapsyen video berkenaan.
Permohonan maaf secara terbuka daripada Hamzah itu dilaksanakan
bagi meleraikan salah faham yang sudah berlanjutan sehingga melibatkan tindakan
undang-undang, sejak beberapa minggu lalu.
Hamzah mengaku, tuduhan melulu itu merupakan pendapat peribadinya setelah melihat kotak hadiah yang sama diguna pakai berulang kali oleh lelaki berusia 24 tahun berkenaan ketika mengiklankan pemberian hadiah percuma
di media sosialnya.
“Selain itu, perkara kedua aku nak tanya, kenapa kotak belakang
(packaging label) tu kosong?” soal Hamzah.
Katanya, penggunaan kotak yang sama dalam beberapa video berlainan dan pemberian telefon bimbit mewah menggunakan pembungkusan tanpa label menimbulkan keraguan tentang ketelusan Aisar menunaikan janji kepada penggemar.
Bagaimanapun tidak melatah dengan soalan yang diajukan Hamzah, Aisar berkata, penggunaan kotak yang sama menyenangkan pihaknya dalam menyiapkan prop yang praktikal
tanpa perlu merosokkan kotak baharu yang sudah siap dibungkus pihak pembekal.
Tegasnya lagi, perbezaan ketara kotak pembungkusan berbanding
yang asli adalah disebabkan telefon pintar keluaran Apple itu dibeli dari kedai menjual barangan terpakai mengikut kemampuannya.
“Sejujurnya, saya akan beli telefon used yang sudah diguna pakai tetapi masih lagi
cantik, masih mewah dan nampak original sebab harganya lebih murah,"jelas Aisar.
Tambah Aisar, pembelian telefon terpakai dengan jauh harga lebih rendah daripada pasaran membolehkan lebih ramai penyokongnya berpeluang menikmati hadiah yang disediakan secara percuma bagi tujuan berkongsi rezeki.
Dalam perkembangan sama, perkongsian sesi soal jawab antara dua belah pihak terbabit turut menyentuh isu sensasi lain seperti pemberian kereta mewah Mercedes kepada
kroni serta dakwaan beberapa individu yang mengaku tidak pernah menerima hadiah
yang dijanjikan.
Sebelum ini MyBERITA melaporkan, satu tuntutan saman
dikeluarkan Aisar di Mahkamah Tinggi susulan dituduh Hamzah yang mendakwanya ‘Scammer’
secara terbuka beberapa kali melalui akaun TikToknya namun tidak berjaya dibuktikan kesahihannya.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews