Mior Ashraf Norul Bashah (kiri) menyerahkan kek percuma kepada salah seorang ibu tunggal (kanan) (Foto MyBERITA) |
SHAH ALAM – Menjelang sambutan Hari Ibu 12 Mei depan, kegembiraan jelas terpancar di wajah 200 ibu tunggal yang menerima sumbangan kek percuma melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Gerbang Malaya Sdn. Bhd pada Ahad.
Tindakan mulia ini dilaksanakan sebagai penghargaan kepada figura yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan anak-anak mereka.
Pemilik dan Pengarah Urusan Gerbang Malaya Sdn. Bhd, Mior Ashraf Norul Bashah berkata, inisiatif ini pertama kali dilaksanakan oleh syarikat mereka, dengan sasaran utama golongan ibu tunggal yang kurang berkemampuan serta anak yatim di pusat jagaan.
Beliau menyatakan bahawa inspirasi untuk melaksanakan program ini datang setelah melihat banyak pihak lain turut memberikan bantuan kepada golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup baru-baru ini.
“Ibu tunggal memikul tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan membesarkan anak tanpa bantuan pasangan.
“Oleh itu, pemberian kek percuma ini tidak hanya bertujuan untuk menceriakan golongan tersebut tetapi juga untuk menghargai pengorbanan yang mereka lakukan," katanya ketika ditemui MYBERITA semasa program tersebut di kedai Kek Malaya di Seksyen U3, Shah Alam.
Sementara itu, semalam, rangkaian syarikat bumiputera menerusi jenama Kek Malaya turut memperuntukkan 100 biji kek viral keluarannya untuk dijual secara amal pada harga runtuh RM15 berbanding dengan harga biasa RM25.
Mior menjelaskan, sebahagian daripada hasil jualan amal tersebut akan disalurkan kepada rumah anak yatim terpilih untuk meringankan bebanan golongan sasar.
Pemberian sumbangan dana dan kek secara percuma ini merupakan program kebajikan terakhir sempena Aidilfitri tahun ini.
Kedai Kek Malaya telah beroperasi sejak tahun 2019 dan kini mempunyai empat cawangan di Shah Alam, Alam Megah, Cheras serta Subang Perdana.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews