Budak 10 tahun tawar seks untuk ganti pemadam rakan (Foto Hiasan) |
Kesemua kanak-kanak yang terlibat dalam rogol berkumpulan itu, masing-masing berusia 9 hingga 10 tahun.
Kisah membimbangkan itu diceritakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain semasa forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2024 (IRC) yang berlangsung hari ini.
Ujarnya biarpun sudah dirujuk timbalan pendakwa raya, tiada kesalahan jenayah difailkan memandangkan kisah kanak-kanak perempuan 10 tahun itu disifatkan tiada liabiti jenayah.
“Kanak-kanak itu sendiri bersetuju rogol berkumpulan bersama dua rakannya kerana tidak mempunyai wang untuk menggantikan pemadam.
“Kejadian itu berlaku tahun lepas dan kami telah pun membuka kertas siasatan kerana bimbang ini merupakan sebahagian daripada trend generasi baharu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Shuhaily menzahirkan kebimbangan dengan kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi sehingga menjadi ‘barah’ dalam masyarakat hari ini.
Ujarnya, kes rogol tidak dinafikan meningkat secara keseluruhan, namun kes membabitkan remaja bawah umur juga menunjukkan pelonjakan yang menakutkan saban tahun.
"Kes yang dilaporkan kepada kami mungkin adalah sebahagian kecil daripada realiti yang benar-benar terjadi,"ucapnya kesal.
Peningkatan ketara trend tidak sihat ini dilihat berkembang pesat selepas pandemik Covid-19 susulan majoriti pengguna bergantung kepada media sosial untuk berinteraksi sekali gus menyumbang penambahan kes hari demi hari.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews