Datuk Ewon Benedick merasmikan "Happy Hour" dengan tawaran diskaun 30 peratus (Foto urus setia program Jualan MADANI Raya) |
PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Program Jualan MADANI Raya (PJMR) 2024 menyasarkan potensi jualan sekurang-kurangnya RM1.6 juta bermula 8 Mac hingga 9 April bertempat di Dataran Anjung Syawal Presint 3, Putrajaya, di sini, pada Rabu.
Didatangkan dengan tarikan baharu “happy hours” dan cabutan bertuah, program
selama 32 hari itu dijangka menerima kunjungan seramai 300,000 pelawat sempena
Festival Ramadan Putrajaya 2024.
Menteri Pembangunan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick
berkata, jualan murah MADANI itu menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti barangan
keperluan harian dan persiapan Aidilfitri dengan harga runtuh seperti potongan 20
hingga 30 peratus.
"Dalam tempoh dua minggu pertama, PJMR anjuran
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencapai jualan
RM415,800 (sehingga 22 Mac) dengan 44,212 pengunjung.
"Mudah-mudahan dalam dua minggu yang terakhir,
jualan kepada 60 reruai akan terus meningkat," katanya kepada pemberita
selepas sesi walkabout PJMR 2024 di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, di sini
malam semalam.
Penglibatan 60 reruai jualan yang melibatkan
penyertaan 28 usahawan dan 13 koperasi ini merupakan langkah kerajaan bagi menyokong
usahawan tempatan meraih pendapatan serta meringankan bebanan rakyat terhadap peningkatan kos
sara hidup yang semakin menekan.
Tambahnya lagi, PJMR 2024 komited membawakan penjimatan harga barangan persiapan Aidilfitri disamping memperkasa dan mempromosikan peniagaan usahawan serta koperasi selaras kerangka Malaysia Madani.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kempen 'Mari Beli
Lokal - Ramadan dan Raya' 2024' melalui platform digital tanpa caj iaitu MyMall,
Ewon memberitahu pengenalan kepada sistem jualan secara dalam talian mampu
merancakkan ekonomi digital namun kesannya boleh dilihat kelengangan pelanggan
di tapak jualan pakaian.
"Saya kira, program jualan kempen beli lokal secara
dalam talian merupakan trend baharu yang mungkin menyumbang kepada kemerosotan
jualan secara langsung kerana ramai mahu elak kesesakan, lokasi dan
sebagainya," ucapnya.
Melalui
kempen 'Mari Beli Lokal - Ramadan dan Raya 2024', KUSKOP menetapkan sasaran jualan RM2.5 juta dan menampilkan penglibatan hampir 500
usahawan dengan pelbagai produk termasuk pakaian raya, makanan segera serta kuih raya.
Dengan rekod jualan yang memecahkan angka tahun sebelumnya, PJMR
2024 menjanjikan perayaan Aidilfitri yang lebih bermakna sambil menyokong
perkembangan ekonomi tempatan dan pendigitalan usahawan kecil dan sederhana di
Malaysia.
Turut hadir semasa ke tapak jualan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan dan Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Suriani Ahmad.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#myBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #malaysiamadani #lamansocialtainment #terkini #blogger #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews